Ahad, 12 Februari 2012

Kekuatan Ummah Bergantung Kepada Kemantapan Akidah


Berdasarkan Rukun Islam yang pertama kita wajib melafazkan kalimah Lailahailallah dan muhammadur Rasulullah menunjukkan bahawa Allah SWT adalah tuhan dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.Dalam sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat tujuan utama adalah untuk menanam dan menguatkan akidah telah mengambil masa selama 13 tahun di Mekah.Perjuangan menegakkan akidah yang berasaskan tiada tuhan yang disembah melainkan Allahbuklanlah perkara yang mudah baginda terpaksa menghadapi tentangan daripada kaum musyrikin Mekah.Sejarah telah membuktikan bahawa manusia pada asalnya mentauhidkan Allah SWT tetapi terdapat di kalangan manusia telah terpesong menjadi sesat kerana terpengaruh di'yah yang sentiasa dibayangi musuh Allah yakni syaitan dan hawa nafsu bahkan mereka mencipta pelbagai ajaran untuk memesonhkan akidah manusia.Mereka terpesong sehingga menukar sifat Allah Yang maha Esa.Malah mereka menyempitkan bidangkuasa Allah.Ajaran Nabi dan Rasul sejak nabi adam,nabi nuh,nabi Ibrahim, Nabi Musa,Nabi Isa álaihimussalam dan nabi Muhammmad SAW telah berusha untuk meluruskan akidah manusia agar berterusan menyembah Allah Yang Maha Esa.Islam agama yang suci mempunyai standard piawaian hukum hakam atau peraturan tertentu untuk menjaga kesucian nama Allah dan Kitab sucinya.Orang-orang islam sendiripu tertakluk kepada standard piawaian penjagaan kesucian nama Allah dan Al-Quran.kita pernah terdengar dalam laporan media tentang bagaimana pihak-pihak yang tidqak bertanggungjawab mermijak,helaian Al-Quran dicampak kedalamtongsampahdandijadikanpembungkusmakanan.Kesimpulannya ,akidah menjadi benteng kekutan ummah islam.Oleh itu beberapa perkara perlu diambil oleh umat islam untuk memantapkan akidah antaranya;
1. kalimahtauhid atau kalimah syahadah adalah ikrar peng-esan tuhan tidak memadai dengan hanya menytakan perakuan tetapi p[erlu dibuktiakan dengan perbuatan dan tidak tanduk yang selari dengan huku Allah.
2. Kalimah Syahadah yang dijadikan asas akidah adalah kalimah paling selamat untuk mengelak dan memelihara kita terlibat dengan syirik.
3. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikan bahan rujukan dan pedoman.
4. Mempertahankan konsep ketuhanan bermaksud mempertahankan pengertian mengesakan Allah.

Pengenalan

1.      Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
2.      Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
3.      Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Pengertian Akidah
1.      Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
2.      Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
3.      Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu Akidah

Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

Huraian Rukun Iman

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.” 
Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
1.      Percaya kepada Allah
2.      Percaya kepada Malaikat
3.      Percaya kepada Kitab
4.      Percaya kepada Rasul
5.      Percaya kepada Hari Kiamat
6.      Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Percaya Kepada Allah Swt

Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala. 
Beriman dengan Allah juga bermaksud:
1.      Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
2.      Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
3.      Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu 
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt.Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.
1.      Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt
2.      Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
3.      Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
4.      Mempelajari dan memahami ajaran Allah
5.      Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt
Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dan kamil serta terbaik

Percaya kepada Malaikat

Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat Muslim)
Nama dan Tugas Malaikat
1.      Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
2.      Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
3.      Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
4.      Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
5.      Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
6.      Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
7.      Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
8.      Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
9.      Ridhwan – Mengawal syurga
10.  Malik – Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
1.      Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
2.      Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
3.      Memikut Arsy
4.      Berdoa untuk orang-orang beriman
Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
1.      Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
2.      Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
3.      Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur

Percaya Kepada Kitab

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
1.      Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
2.      Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
3.      Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
4.      Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”                                                                      (Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu

Percaya Kepada Rasul

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
1.      Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
2.      Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
3.      Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
4.      Fathonah- Bijaksana

1.      Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
2.      Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
3.      Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
4.      Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
5.      Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia 
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya samaSemua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain. 

Percaya Kepada Hari Akhirat

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat. 
Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:
1.      Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
2.      Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
3.      Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
4.      Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
5.      Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka 
Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
1.      Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
2.      Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
3.      Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
4.      Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

Beriman Kepada Qada Dan Qadar'

Maksud Takdir
1.      Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
2.      Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
3.      Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia 
Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah
1.      Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
2.      Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita

Peringkat-Peringkat Iman

1.      Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
2.      Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
3.      Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
4.      Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
5.      Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi

Iman Bertambah Dan Iman Berkurang

Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
1.      Melawan hawa nafsu
2.      Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
3.      Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
4.      Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
5.      Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
6.      Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah  

Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah

Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
1.      Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
2.      Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3.      Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
4.      Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
5.      Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
6.      Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang
Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
1.      Akidah Sebagai Asas
2.      Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong

Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah

1.      Melalui Percakapan atau ucapan
2.      Melalui Perbuatan
3.      Melalui Iktikad dalam hati

Pembinaan Akidah

1.      Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
2.      Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
3.      Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4.      Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
5.      Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
6.      Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

Khamis, 9 Februari 2012

keracunan makanan

Keracunan pada dasarnya harus dianggap sebagai satu kes kecemasan. Tanggapan sedemikian perlu dibuat pada peringkat awal bagi mempastikan kes-kes ini tidak dipandang ringan dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan segera. Ini penting kerana keracunan boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut pada mangsanya. Walaupun tanggapan sedemikian dibuat, analisa kes-kes keracunan yang pernah dilaporkan menunjukkan bahawa kebanyakan kes tidak mengakibatkan kematian. Malahan, lebih kurang 3/4 dari kes-kes keracunan didapati tidak membahayakan dengan sedikit sahaja gejala yang ditunjukkan. Dalam hal begini, pesakit tidak harus pula dikenakan tindakan rawatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan komplikasi.

Bagi mempastikan tindakan yang bertepatan dapat dilakukan terhadap kes keracunan yang dikendalikan, maklumat tentang bahan keracunan amat diperlukan. Tujuannya untuk membolehkan penilaian tentang risiko bahaya dibuat dengan segera. Pengetahuan tentang bahaya sesuatu bahan racun terbabit merupakan aspek yang penting dalam rawatan mana-mana kes keracunan. Pengetahuan dapat mengurangkan tekanan psikologi yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarganya dapat menentukan sama ada rawatan tertentu perlu dilakukan atau tidak.

Keracunan yang membabitkan kanak-kanak pada keseluruhannya didapati tidak membahayakan. Bahan-bahan yang terbabit terdiri daripada bahan-bahan rumah yang didapati tidak toksik. Kes keracunan yang dilaporkan di negara ini yang membabitkan minyak angin yang mengandungi silisilat dan racun makhluk perosak seperti paraquat dianggap berbahaya. Keracunan yang membabitkan golongan tua biasanya dialami serius dan pesakit akan mengalami komplikasi serta maut. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mereka alami seperti ubat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan diambil secara berlebihan.

Dalam kebanyakan kes pengenalpastian bahan sebenar yang terbabit dalam keracunan adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Pengesahan hanya dapat dilakukan di hospital ataupun setelah pesakit mati. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bahan yang dijual termasuk ubat-ubatan tidak mencatatkan kandungannya. Selain itu, sesetengah pesakit seperti penagih dadah akan cuba merahsiakan maklumat bahan yang diambil, supaya penglibatannya tidak diketahui umum, walaupun ini akan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya. Rawatan yang diperlukan pada ketika itu hanyalah bercorak mengawal gejala sahaja.

Justeru itu, langkah awal tertumpu kepada pengenalpastian dan penilaian risiko. Ini mungkin dapat dilakukan dengan mudah jika kejadian berlaku di depan kita. Maklumat tentang bahaya sesuatu bahan racun dapat diperolehi daripada Pusat Racun Negara.

GEJALA KERACUNAN AKUT 

Gejala yang diperhatikan dalam keracunan biasanya tidak khusus. Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung pada jenis bahan yang terbabit. Jadual 1 dan 3 menunjukkan jenis-jenis gejala yang sering dialami semasa keracunan mengikut jenis-jenis bahan yang terbabit. Keadaan yang boleh mengancam nyawa pesakit seperti keruntuhan aliran darah serta penjejasan fungsi jantung dan pernafasan harus diawasi dengan teliti. Maut biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersekat, penekanan fungsi pernafasan atau apabila pesakit tersedak dengan bahan makanan/racun yang memasuki ke dalam paru-paru. Komplikasi pernafasan merupakan punca utama kematian akibat daripada keracunan.

Jika disebutkan ini berlaku, keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit adalah seorang yang tidak siuman. Pesakit diketahui mengalami tekanan yang berat, pesakit koma, atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar. Kanak-kanak yang mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya juga disyaki mengalami keracunan jika punca lain tidak dapat disahkan.

 

A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
Rasa loya
Muntah-muntah
Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut
Melepuh di bahagian bibir
Sakit kepala
Pening, bingung, meracau
Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi
Sawan
Koma atau pengsan
Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan
Sukar bernafas
Bernafas dalam-dalam dan pantas
Nadi tidak menentu dan perlahan
Nadi pantas
Pupil mata mengembang
Pupil mata mengecil
Warna kebiruan di bahagian mulut
Kulit merah padam
Demam
Kejutan
Jadual 1: Gejala Keracunan Akut yang sering diperhatikan

PENDEKATAN RAWATAN 

Apabila berhadapan dengan kejadian keracunan, pendekatan yang boleh diambil termasuklah memberikan bantuan sokongan untuk menstabilkan keadaan pesakit. Kemudian mengeluarkan racun daripada perut dan usus atau bahagian lain seperti kulit dan mata. Memberi penawar jika ada, menyingkirkan bahan beracun yang telah diserap daripada tubuh pesakit serta rawatan sokongan dan pemerhatian. Dalam kebanyakan kes, langkah untuk menstabilkan pesakit dan bantuan sokongan merupakan pendekatan awal mesti dilakukan. (Rujuk Jadual 2). Ini termasuklah mempastikan sistem jantung dan pernafasan berfungsi dengan baik. Aliran udara dan peredaran darah mesti dipastikan berjalan dengan baik.

Tindakan segera perlu dilakukan dalam menangani sesuatu kes keracunan bergantung pada jenis pendedahan. Pada amnya, beberapa langkah boleh diambil untuk merawat pesakit.

 
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami sawan
Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air
Berikan air dan susu pada ketika ini juga
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun
Gunakan julap
Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air
Rawat kejutan
Terapkan dengan air sejuk
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu
Jadual 2: Langkah rawatan awal bila berlaku keracunan

RACUN YANG DIHIDU 

Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap mempunyai tanda amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera. Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan menilai risiko pendedahan.

Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke tempat yang berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah dilonggarkan dan pernafasan bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang.

RACUN YANG TERKENA PADA KULIT 

Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada bahagian kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

RACUN YANG TERKENA PADA MATA

Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.

RACUN YANG DITELAN 

Jika bahan tersebut terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Jika bahan tersebut bahan kimia yang digunakan di rumah, berikan segera minuman susu atau air kecuali pesakit tidak sedarkan diri, tidak berupaya menelan atau mengalami sawan. Kemudian dapatkan bantuan nasihat dengan menelefon Pusat Racun Negara atau lain-lain para profesional perubatan dan farmasi bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.

 
Ubat-ubatanGejala KeracunanRawatan Awal
Antidepresi(imipramine,triptylines)HIMNOT1,3,10
Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak gosok panas yang mengandungi salisilat metilBLS
Ubat selsema(antihistamina)FGORS1,3,9
Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbituratJI1,3,10
Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksinABMS1,3
Zat besiBT11,7,1,6
Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batukIJP10
Ubat penenangGJIH1,3,6
Tumbuh-tumbuhan
CendawanB1,3,6
KecubongORSNFH1,9
Bahan-bahan yang disimpan di rumah
Bahan asid/alkali seperti pencuci longkang, pengkakisCDT4,5,2
Peluntur-natrium hipokloritBC4,2
Asid borikABR1
KamforABFHT1,10
Disinfektan-fenolCDFIT1,3,6
Minyak tanahABK2,3,6
Cecair pemetik apiABK2,3,6
Ubat gegatAB1,3,6
Pengilap perabotBK2,3,6
Pelarut-penipis catBK2,3,6
TurpentinCDKGH2,3,6
Penyembur-freonT10,2
Alkohol-metil, alkohol gosokEAI1,7,10
Alkohol-minuman arak, minyak wangiCHI1,10
Racun Makhluk Perosak
Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindaneBEFHKMT3,6,8
Fosfat: diazinon, parathionBCGMQ1,3,8,1,0
Fluorid-racun semut, lipas dan tikusBCJMH1,3,8
Arsenik-racun tikus, herbisidABET1,6
Striknin-racun tikusHI10
Karbon tetrakloridBJT1,3,8
Gas
Karbon monoksidEFIR10
Sianid-fumigantEBKNHI10
Jadual 3:Senarai bahan-bahan berserta dengan gejala keracunan akut dan langkah rawatan awal

PENGKELASAN JENIS PENDEDAHAN DAN IMPLIKASI RAWATAN 

Individu yang terdedah kepada bahan racun boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Kategori pertama membabitkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan apa-apa rawatan tertentu. Ini dapat disahkan jika maklumat tentang bahan yang terbabit adalah dalam kumpulan bahan yang tidak toksik. Pesakit juga akan diletakkan dalam kategori ini jika bahan yang terbabit adalah toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit. Pendedahan sedemikian biasanya tidak menghasilkan apa-apa kemudaratan dan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala keracunan. Namun begitu, adalah baik sekiranya pesakit mendapat pengesahan doktor di hospital atau melaporkannya ke Pusat Racun Negara.

Kategori kedua membabitkan pendedahan yang dirasakan boleh dirawat di rumah. Sekiranya terdapat individu yang faham dan boleh mengikuti arahan doktor. Kes-kes keracunan yang diletakkan di bawah kategori ini dianggap minor dan tidak menggugat nyawa. Bagi membolehkan pesakit diletakkan dalam kategori ini, jenis bahan, jumlahnya serta gejala yang dialami perlu diketahui. Sekiranya bahan racun ditelan, ia mungkin dapat dikelarkan dengan cara membuatkan pesakit muntah. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, pendedahan ini digunakan secara meluas dan ini dianggap sebagai satu cara pengendalian rawatan keracunan yang menjimatkan. Di Malaysia, cara ini tidak dinasihatkan memandangkan kaedah pemuntahan yang selamat mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah.

Kategori ketiga pula membabitkan pendedahan memerlukan rujukan dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor dilakukan. Kes-kes yang diletakkan dalam kategori ini termasuklah kes keracunan yang disengajakan, apabila gejala serius diramalkan berlaku, dan apabila bahan racun yang diambil dianggap amat toksik.

Dalam kes keracunan yang disengajakan, pesakit masih perlu dibawa ke hospital walaupun ia membabitkan bahan yang kurang toksik. Ia diperlukan bagi mempastikan kesungguhan pesakit untuk membunuh diri supaya rawatan bersifat psikoterapi dan kaunseling dapat diberikan.