Rabu, 1 Februari 2012

safee sali

Safee Sali (28) sah kekal bersama Pelita Jaya FC selama 2 tahun. Safee membuat keputusan untuk kekal bersama Pelita Jaya hingga ke 2014.Selepas hampir seminggu berteka-teki dengan masa depan Safee Sali, semalam hampir satu Asean sudah tahu Safee Sali kini bergelar jutawan setelah menandatangai kontrak sambungan bernilai 2 juta ringgit Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada SS10, tapi sebagai penyokong bolasepak Malaysia. Perasaan khuatir masih lagi wujud di dalam diri kena Pelita Jaya memang ternyata salah satu kelab ISL yang memang sudah semua diketahui haram di sisi FIFA.

Hanya selepas bulan Mac nanti, dapat ditentukan samaada ISL kekal haram, menjadi makhruh, atau halal.

Apapun yang berlaku nanti, mohon agar FAM pantau perkara ini dengan teliti kerana khuatir jika SS10 sah beraksi di kelab haram, mohon jangan turunkan beliau beraksi dengan Malaysia lagi.

Memang benar, perasaan terkilan tetap menebal di dalam hati. Kerana ada penyerang yang benar-benar berkualiti tetapi kini, kita seakan-akan samar untuk menggunakan khidmatnya. Apatah lagi hujung tahun ini, kita akan bertanding mempertahankan Piala AFF di bumi sendiri.

Admin tidak pasti apa sebab utama, tetapi semalam sewaktu admin berbual dengan salah seorang rakan yang juga penyokong bolasepak negara, beliau membangkitkan isu ini.

"Aku tak pasti sama ada ini taktik dari seberang atau tak? Tapi kau perasan tak hujung tahun ini ada Piala AFF? Aku risau kalau2 ni taktik bookie dari seberang nak halang Safee dari main dengan Malaysia nanti. Maklum lah, dia kan power. Tambah pulak, industri bolasepak sana kalau melibatkan Timnas diorang lagi dasyat. Tiket diorang beratus-ratus sampai ribu ringgit pun ada tau. Kalau kita terlepas pandang isu ni, dan Safee still main ngan national team kita, FAM dengan NT kita, silap2 pun boleh kena ban tau! Automatik tak sempat pertahan AFF"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan