Rabu, 1 Februari 2012

tatacara pengunsian bangunan

PENDAHULUAN
Kebakaran adalah satu malapetaka yang boleh mengakibatkan kerosakan, kecacatan, kemusnahan harta benda, dan kehilangan nyawa akibat daripada malapetaka tersebut. Mangsa kebakaran pada umumnya terperangkap disebabkan laluan dan persekitaran yang memungkinkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri. Hakikat sebenarnya, kebakaran boleh dicegah dan dihindar dengan adanya rekabentuk kejuruteraan yang sesuai pada semua bangunan, terutama bangunan yang tinggi. Ianya mestilah mengikuti peraturan dan kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sejajar dengan British Standard (UK) dan National Fire Production Agency (US) diikuti dengan perancangan dan perlaksanaan aktiviti penyenggaraan yang berkala dan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Fire Safety Audit. Penyediaan laluan dan tangga keluar (escape route dan escape staircase), pintu dan dinding rintangan api, natural ventilation, lobi dan laluan asap serta pemilihan bahan binaan yang sesuai adalah penting Selain daripada itu, sistem pencegahan kebakaran saperti hose reel, sprinkler, alat-alat pemadam api, smoke detector, loceng kecemasan mestilah berada dalam keadaan berfungsi dan baik. Keperluan ini amatlah penting bila berlaku kebakaran. Bagi mempastikan ianya berkeadaan baik, maka pemeriksaan berkala perlu diadakan dan ia seharusnya dimasukkan ke dalam PPM.
2.0 REKABENTUK BINAAN

Penyediaan laluan dan tangga keluar (escape route dan escape stair case), pelan kebakaran, pintu/dinding rintangan api (fire door), natural ventilation, lobi dan laluan asap (smoke duct) dan pemilihan bahan binaan perlu diambil berat di dalam mempastikan bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan dan pencegahan kebakaran yang tinggi.
3.0 REKABENTUK KEJURUTERAAN

Menyediakan rekabentuk dan pemasangan yang sesuai mengikut peraturan Jabatan BOMBA dan Penyelamat (Malaysia), British Standard (UK) dan National Fire Production Agency (US).
4.0 PENGURUSAN PENYENGGARAAN

Merancang dan melaksanakan aktiviti penyenggaraan dan fire safety audit. HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 2

5.0 PENGURUSAN DAN PERANCANGAN KECEMASAN

Merancang dan melaksanakan pelan tindakan kecemasan, mengadakan kawad kebakaran bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mempertingkat kemahiran dan pengetahuan semua anggota hospital.
6.0 JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN (Fire Safety Committee) HOSPITAL KUALA TERENGGANU

Rujuk Lampiran A bagi senarai Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Terengganu beserta senarai tugas masing-masing.
7.0 PROSEDUR INDUK KESELAMATAN KEBAKARAN (Perkhidmatan Penyenggaraan Dan Kejuruteraan Fasiliti)

7.1 TUJUAN

7.1.1 Untuk mengambil langkah berkesan bagi mencegah kebakaran.

7.1.2 Untuk menyenggara semua pemasangan sistem pengesan kebakaran dan peralatan pencegahan (Otomatik dan manual).

7.1.3 Untuk melatih semua kakitangan supaya mengambil tindakan yang sesuai semasa kebakaran atau pengungsian bangunan.

7.2 SKOP

Pencegahan dan Pengawalan Kebakaran
7.3 DEFINISI

7.3.1 Fasiliti Pengesan Kebakaran Termasuklah :

Manual ’pecah kaca’ kebakaran
Pengesan haba otomatik
Pengesan asap otomatik
Sistem Sprinkler
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 3
 7.3.2 Fasiliti Pencegahan Kebakaran Otomatik :

Kelengkapan Pencegahan Kebakaran Termasuklah :
Sprinkler automatik jenis air diaktifkan dengan haba dan asap.

Sistem karbon dioksida automatik banjiran

7.3.3 Peralatan Manual Cegah Kebakaran :

Peralatan Pencegahan Kebakaran termasuklah :
Alat pemadam api mudah alih
Gegelung hos
Pancur kering/basah
Selimut Api Kebakaran

7.4 RUJUKAN

7.4.1 Garis panduan keselamatan kebakaran di Hospital, Jabatan Perkhidmatan BOMBA Malaysia.

7.4.2 Uniform Building Bylaw (UBBL)

7.4.3 Keperluan teknikal dan petunjuk prestasi perkhidmatan penyenggaraan fasiliti untuk projek pengswastaan (TRPI)

7.5 TANGGUNGJAWAB

7.5.1 Kementerian Kesihatan
Membentuk AJK Keselamatan Kebakaran.
Membentuk Pelan Keselamatan Kebakaran.
Menyelaras latihan evakuasi/pengungsian.
Untuk menghadiri sesi keselamatan kebakaran anjuran syarikat konsesi.
Menyelaras kawad kebakaran dan kawalan kebakaran dengan pihak BOMBA, Polis dan lain-lain agensi
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 4
7.5.1 Syarikat Konsesi
Untuk menasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap aspek keselamatan sebagai ahli JK Keselamatan Kebakaran.

Untuk membantu di dalam menyediakan pelan keselamatan kebakaran.

Untuk mengambil bahagian di dalam latihan evakuasi/pengungsian.

Untuk melatih semua kakitangan tentang keselamatan dan operasi yang betul di dalam mengendalikan peralatan melawan api.

Untuk menyenggara fasiliti pengesan kebakaran, pencegahan api dan peralatan-peralatannya.

Untuk menyediakan laporan kepada KKM ke atas keselamatan kebakaran, bahaya evakuasi dan kecacatan.

Untuk memberitahu KKM dengan serta merta terhadap bahaya kebakaran apabila dikesan.

Untuk menyediakan bahan latihan.

7.6 PROSEDUR

7.6.1 Mengambil Semua Langkah Praktikal Pencegahan Kebakaran

KKM membentuk ahli Mesyuarat Keselamatan Kebakaran.

Syarikat konsesi menyertai sebagai ahli mesyuarat dan memberikan nasihat teknikal ke atas isu yang berkaitan terhadap keselamatan kebakaran dan evakuasi.

KKM menyediakan pelan keselamatan kebakaran.

Syarikat Konsesi membuat semakan tahunan terhadap keselamatan kebakaran pengukuran dan laluan evakuasi seterusnya menyediakan laporan berkala kepada KKM.

Semasa waktu kerja biasa, Syarikat Konsesi mengesan risiko kebakaran atau risiko evakuasi dengan serta merta memberitahu KKM.
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 5Dari masa ke semasa, KKM hendaklah menghubungi BOMBA bagi menjalankan audit keselamatan kebakaran.

KKM menilai laporan kebakaran dan risiko evakuasi dan mengarahkan tindakan pembaikan seperti yang diperlukan.

Syarikat konsesi menjalankan kerja-kerja pembaikan seperti yang diarahkan oleh KKM.

Penambahan, pengubahsuaian atau pelupusan kepada permukaan bumi, bangunan-bangunan, loji – loji atau peralatan hendaklah dikendalikan sebagai kerja-kerja berbayar balik (Reimbursable Work).

7.6.2 Menyenggara Semua Pemasangan Automatik Dan Manual Peralatan Pengesan Dan Cegah Kebakaran

Syarikat Konsesi mengenal pasti semua pengesan api dan kelengkapan cegah kebakaran dan merekodkan di dalam pendaftaran aset.

Syarikat Konsesi menyenggara dan menguji semua pengesan dan kelengkapan cegah kebakaran sesuai dengan garispanduan pengeluar, KKM, BOMBA dan piawai perundangan.

Syarikat Konsesi merekodkan maklumat secara bertulis penyenggaraan dan pengujian di dalam buku rekod dan di dalam komputer berasaskan pengurusan penyenggaraan dan sistem informasi.

Syarikat Konsesi menyediakan laporan berkala ke atas penyenggaraan pengesan kebakaran dan kelengkapan pencegahan dan peralatan kepada KKM.

7.6.3 Melatih Semua Kakitangan Untuk Mengambil Langkah Yang Sesuai Semasa Berlaku Kebakaran Dan Evakuasi

Semasa KKM menyelaras latihan pengungsian/evakuasi.

Syarikat Konsesi mengambil bahagian di dalam latihan tersebut.

KKM menasihatkan Syarikat Konsesi ke atas keperluan latihan kebakaran perseorangan.
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 6

Syarikat Konsesi merancang dan menjadualkan sesi latihan kebakaran dan menasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap masa bagi latihan.

KKM menetapkan masa dan mengarahkan kakitangan untuk menghadiri latihan kebakaran yang dijadualkan.

Kakitangan KKM perlu mengikuti latihan kebakaran.

Syarikat konsesi mengadakan latihan pencegahan kebakaran, penggunaan alat-alat pengesan kebakaran dan alat-alat pencegah kebakaran serta cara menggunakannya dengan betul.

Syarikat konsesi merekodkan kehadiran kakitangan KKM.

Syarikat konsesi menyediakan bahan-bahan dan peralatan bagi latihan.

7.7 REKOD

Merekod penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran (oleh Syarikat Konsesi). HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 7
 8.0 SISTEM PENCEGAHAN DAN PENGESANAN KEBAKARAN DI HOSPITAL KUALA TERENGGANU

8.1 KATEGORI SISTEM/ALAT

Terdapat 3 kategori sistem / alat :
Pemasangan statik - Sistem CO2 / Sprinkler
Pemasangan mudah alih - ABC dry powder / CO2
Pengesan asap dan haba

8.2 LOKASI PEMASANGAN ALAT

Alat-alat ini dipasang di lokasi-lokasi tertentu mengikut kesesuaian fungsi seperti yang digariskan oleh badan profesional tertentu. Terdapat 3 Zon pemasangan.
ZON A (BANGUNAN INDUK) Terdiri daripada bangunan utama merangkumi Blok A,B,C,D dan E. Sistem pencegahan kebakaran yang dipasang di Zon ini ialah :-
Alat Pancur Basah (Wet Riser)
Hydrant
Sprinkler
Gegelung Hos
CO2
Alat Pemadam Mudah Alih
Alat Penggera (Pengesan asap, pengesan haba, pecah kaca dan suis aliran)
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 8
ZON B (HOSPITAL LAMA) Terdiri daripada bangunan Kolej Kejururawatan, asrama, dewan syarahan dan bangunan lain yang berdekatan. Jenis alat pencegahan kebakaran yang ada ialah :-
Hydrant
Gegelung Hos
Alat Pemadam Mudah Alih
Pecah Kaca

ZON C (HOSPITAL LAMA) Terdiri daripada Wad Psikiatri, Makmal Mutu Makanan, Setor Farmasi, Klinik Psikiatri, Pejabat Kesihatan, Klinik Dada dan bangunan lain yang berdekatan. Alat Pencegahan yang ada ialah :-
Hydrant
Alat Pemadam Mudah Alih
Pecah Kaca

ZON D (BANGUNAN KOMPLEKS RAWATAN HARIAN)
Alat Pancur Basah (Wet Riser)
Hydrant
Sprinkler
Gegelung Hos
CO2
Alat Pemadam Mudah Alih
Alat Penggera (Pengesan asap, pengesan haba, pecah kaca dan suis aliran).
HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 9

8.3 JENIS-JENIS ALAT PENCEGAHAN KEBAKARAN
8.3.1 SISTEM HYDRANT

Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi seperti yang terdapat pada sistem pancur basah. Cara Guna : Hanya boleh digunakan oleh anggota BOMBA. Cara guna sistem ini sama dengan sistem pancur basah (Rujuk 8.3.2). Lokasi Alat : Sistem ini biasanya terdapat di tepi bangunan atau laluan utama (jalan). Sila lihat pelan lokasi di bawah.
PELAN LOKASI
Bangunan Utama

C
A
B
E
D
X
X
X
X
X
X
X
PETUNJUK :
A Bangunan Utama 8 Tingkat
B Bangunan Utama 8 Tingkat
C Bangunan Utama 1 Tingkat
D Bangunan Utama 1 Tingkat
E Bangunan Utama 1 Tingkat
X
Sistem Hydrant HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 10 
8.3.2 SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER)


Sistem ini menggunakan air bertekanan sebagai bahan pemadam. Air yang bertekanan tinggi ini dipancut melalui hos dan ’nozzle’ kearah kebakaran. Cara Guna : Hanya boleh digunakan oleh anggota BOMBA dan anggota-anggota lain yang dilatih khas. i) Gelung Hos dibentang menghala ke tempat kebakaran. ii) Pasang Jet Air (Nozzle) di hujung Gelung Hos. iii) Buka Injap Air. iv) Halakan pancutan ke tempat kebakaran. Lokasi Alat : Alat ini biasanya terdapat di bahagian jalan keluar atau tangga keselamatan di bangunan.
PELAN LOKASI
.
Sistem Pancur Basah
PETUNJUK :
X
X
X
X
X
B
E
X
D
A
C
A Bangunan Utama 8 Tingkat
B Bangunan Utama 8 Tingkat
C Bangunan Utama 1 Tingkat
D Bangunan Utama 1 Tingkat
E Bangunan Utama 1 Tingkat
Bangunan Utama HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 11

8.3.3 SISTEM GEGELUNG HOS (HOSE REEL)

Alat bantu mula memadam kebakaran. Boleh dikendalikan oleh orang ramai tanpa memerlukan latihan khas. Binaan : i. Tangki Air (2400 gal) di paras 9 Blok A. ii. Pam Elektrik bersama suis tekanan. iii. Panel kawalan elektrik. iv. Gegelung hos dan ’nozzle’ (jarak pancutan sehingga 20 kaki). Operasi : i. Tekanan air sentiasa ada dalam paip . ii. Tekanan ini di kawal oleh pam yang dikawal oleh suis tekanan masing-masing. iii. Suis tekanan dihubungkan ke stater panel bagi membolehkan pam dijalankan secara otomatik. iv. Jika elektrik pam utama gagal berfungsi, operasi seterusnya akan diambil alih oleh standby pam. v. Pam boleh beroperasi secara otomatik / manual. Tatacara Guna : i. Buka ’gate valve’ sepenuhnya. ii. Tarik hos dari gelungan dan hala ke api. iii. Pusing nozzle sepenuhya untuk mendapatkan semburan atau pusing sebahagian untuk bentuk jet. AWAS !!!! – ELAKKAN DARI MEMADAMKAN API YANG BERPUNCA DARIPADA ELEKTRIK. HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 12
Lokasi Alat : Di tempatkan di laluan atau koridor bangunan. Sila lihat pelan lakaran di bawah.
PELAN LOKASI

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
D
E
B
A
C
Bangunan Utama
PETUNJUK :
X
Sistem Gegelung Hos
A Bangunan Utama 8 Tingkat
B Bangunan Utama 8 Tingkat
C Bangunan Utama 1 Tingkat
D Bangunan Utama 1 Tingkat
E Bangunan Utama 1 Tingkat HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 13

8.3.4 SISTEM SPRINKLER


Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi. Air bertekanan disalurkan melalui paip yang dipasang siap dengan ’nozzle’. Jumlah ’nozzle’ yang dipasang mengikut luas kawasan. Biasanya jarak antara satu ’nozzle’ dengan yang lain ialah 8 kaki. Tatacara Guna : Alat ini berfungsi secara otomatik. Sekiranya berlaku kebakaran, bahang panas kebakaran akan menyebabkan kaca yang terdapat pada ’nozzle’ akan pecah, lalu pancutan air akan keluar dalam bentuk semburan (’spray’). Lokasi Alat : Sistem ini dipasang pada kebanyakan bangunan tinggi, ianya terletak di siling-siling bangunan. Di HKT sistem ini terdapat di Bangunan Utama dan Kompleks Rawatan Harian.
8.3.5 SISTEM CO2

Sistem ini menggunakan gas CO2 dalam balang bertekanan. Tatacara Penggunaan : Semasa berlaku kebakaran, ’signal’ akan dihantar ke Unit kawalan melalui alat pengesan asap dan haba bagi membolehkan ’plunger’ menghentak kepala pada balang gas. Semburan gas akan keluar dan menutupi kawasan atau bilik yang terbakar. Lokasi Alat : Sistem ini kebanyakannya terdapat pada bilik-bilik terhad yang menggunakan bahan api atau punca bekalan eletrik. Misalnya dapur, loji dandang (boiler) dan Bilik Suis. HOSPITAL KUALA TERENGGANU PANDUAN PENCEGAHAN, PENGAWALAN DAN KAWAD KEBAKARAN 14

8.3.6 ALAT MUDAH ALIH ( Fire Extinguisher)

Terdapat beberapa jenis alat mudah alih dalam pasaran. Bagi kegunaan hospital, debu kering (dry powder), karbon dioksida (CO2) dan jenis B.C.F yang paling popular. Dari segi kegunaan, sila rujuk jadual di bawah.
JADUAL ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH, KELAS DAN JENIS API
KELAS API
JENIS API
ALAT YANG SESUAI
A (API PEPEJAL)
API KERTAS API KAIN API KAYU
1. JENIS AIR 2. DEBU KERING 3. KARBON DIOKSIDA
B (API CECAIR)
API MINYAK API LEMAK API PETROL API CAT API VARNISH
1. JENIS BUIH 2. DEBU KERING 3. BCF
C (API GAS)
L.P.G ACETYLENE METHANE BUTANE PROPANE ALCOHOL
1. KARBON DIOKSIDA 2. BCF 3. METHYL BROMIDE 4. DEBU KERING 5. PURPLE ’K’ 6. MONNIEX
D (API LOGAM)
1. TEC 2. BORON TRIOXIDE 3. METAL X-POWDER 4. G.I.POWDER 5. TEF


Tiada ulasan:

Catat Ulasan