Mudah sungguh untuk jadi orang tidak bermotivasi. Cemana? Anda cuma perlu fikirkan masalah-masalah Anda, gabungkan dengan emosi-emosi power seperti tertekan,marah, kecewa, putus asa, tidak ada harapan. Tambah lagi dengan postur badan yang menampakkan Anda kurang bersemangat, diiringi air muka masam sepanjang hari.
Inilah yang berlaku disekeliling Anda. Namun ketahuilah terdapat juga cara mudah bagaimana untuk jadi orang bermotivasi. Caranya sama dengan cara tadi, cuma berbeza sedikit. Anda perlu tukar cara berfikir, tukar postur badan, tukar air muka dan paling penting sekali, tukar mindset Anda. Mindset akan mempengaruhi tindakan, lantas menampakkan kesan berlainan.
Bagaimana untuk jadi orang ada motivasi?
Sukar untuk jadi orang yang ada motivasi apabila Anda TIDAK TAHU apa yang Anda nak capai. Anda mesti ada matlamat, baru ada motivasi. Anda mesti ada kemahuan, barulah motivasimuncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, untuk menang dalam permainan ‘games’ di komputer pun memerlukan motivasi, Anda perlukan dorongan untuk terus bermain walaupun pernah dikalahkan sebelum ini.
Cemana nak memasang matlamat? Tanya diri Anda dengan 3 soalan asas dibawah ini…
1. Apa yang Anda mahu capai?
2. Orang cemana yang Anda mahu jadi?
3. Apa yang Anda sedang usahakan sekarang ini?
Motivasi wujud dalam setiap aspek kehidupan – ibadah, kerja, kewangan, cinta juga pembinaan diri. Motivasi ibadah adalah motivasi apabila Anda mahu jadi ahli ibadah, iaitu Anda mahu mempertingkatkan lagi ibadah Anda dari segi kualiti dan kuantiti.
Motivasi kerja adalah motivasi (dorongan) yang Anda rasa apabila Anda memasang matlamat mahu jadi pekerja cemerlang. Motivasi cinta adalah motivasi ketika Anda berusaha cemana untuk memperhangatkan lagi hubungan cinta Anda dengan kekasih hati atau dengan pasangan hidup.
Motivasi diri adalah motivasi yang Anda rasa ketika Anda sedang berusaha memperbaiki sikap dan tingkah laku Anda, iaitu unsur dalaman Anda. Sebagai contoh, mungkin sebelum ni Anda malas-malas, suka bertangguh.
Sekarang, Anda tekad nak berubah. Anda mahu jadi orang rajin. Dalam proses mengubah diri dari malas kepada rajin itulah motivasi amat perlu sebab motivasilah yang mendorong Anda berubah.
Secara ringkasnya, untuk menjadi orang bermotivasi yang bersemangat, Anda perlu ubah 3 aspek diri Anda, iaitu:
1. Fikiran.
2. Perbuatan.
3. Percakapan.
Pilihlah untuk jadi orang ada motivasi. Perbaikilah diri Anda setiap hari, bila Anda rasa sudah semakin baik, perbaiki lagi supaya jadi bertambah baik.
Setiap kali Anda mandi di waktu pagi, niatkan di dalam hati Anda mahu jadi orang bermotivasi. Mengapa pula kena niat semasa mandi di waktu pagi?
Sebab, ketika ini, gelombang minda Anda berada di tahap tenang iaitu tahap Alpha. Pada ketika ini, minda separa sedar Anda mudah menyerap niat, keinginan ataupun azam yang Anda sebut-sebut di dalam hati dan yang Anda banyak fikirkan di kepala.
Apa yang Anda banyak fikirkan di waktu ini, itulah yang akan muda diserap masuk oleh minda separa sedar Anda tanpa banyak soal. Jadi, banyakkanlah berfikir untuk jadi orang ada motivasi. Ringkasnya, niatkan saja “Aku Mahu Bermotivasi” kemudian hadirkan rasa bersemangat dan rasa bertenaga selepas itu.
masa!.Langkah seterusnya, kekalkan rasa bersemangat. Rasai kehangatannya. Biar semangat membara sepanjang